10 Januari 2009

Solat Hajat untuk Keamanan di Palestin

Lebih tiga ribu jemaah yang bersolat Jumaat di Masjid UKM telah menunaikan Solat Hajat untuk keamanan di Palestin hari. Solat Hajat ini dilakukan serentak di seluruh negara bagi memohon Allah menyelamatkan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh tentera ganas Israel.

Dalam khutbah Jumaat, Khatib telah mengupas mengenai keganasan Israel, disamping menentang keras keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel.
Solat Hajat yang ditunaikan selepas Solat Jumaat ini telah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM;Ustaz Khairil Khuzairi Omar.

Disamping itu UKM telah membuka tabung Palestin untuk disumbangkan oleh warga UKM. Sila rujuk e-warga untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan