10 Januari 2009

Malam Anugerah Seni UKM 2008


Foto kiri: Pemenang Anugerah Seni Siswa
Foto kanan: Pemenang Anugerah Seni Siswi

Foto kiri:Anugerah Khas Juri
Foto kanan: Anugerah Penerbitan Grafik
Album lengkap
Foto oleh: Raai dan Ikhwan.

Malam Anugerah Seni UKM 2008 telah menobatkan Sdra Mohd Zahir Hafizi Safian Kumpulan Tarian Aadyammmtra ARTISUKMA sebagai Anugerah Seni Siswa dan Sdri Suriani Nunurung Kumpulan Pengurusan Seni ARTISUKMA menerima Anugerah Seni Siswi. Manakala Sdra. Hoo Choon Lih dari Kumpulan Orkestra Tradiosional dan Kumpulan Koir, ARTISUKMA telah menerima Anugerah Khas Naib Canselor pada malam Anugerah Seni UKM 2008.

Anugerah ini disampaikan di Malam Anugerah Seni UKM 2008 yang telah diadakan malam ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR ). Anugerah disampaikan oleh Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Tinggi Malaysia. Turut hadir di majlis ini ialah Naib Canselor UKM, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan pegawai-pegawai kanan UKM.

Untuk rekod UKM antara IPTA yang menyerlah dalam persembahan kebudayaan di peringkat kebangsaan dan sering memenangi beberapa anugerah dalam acara kebudayaan dalam bidang nasyid, dikir barat, teater dan tarian.

Sementera itu Anugerah Khas Juri Pertama dianugerahkan kepada Sdra Herman Aziz dari Kumpulan Pengurusan Seni ARTISUKMA, Kedua Buvanis Karuppiah dari Kumpulan tarian Aadyamaatra ARTISUKMA dan yang Ketiga Sdra Anwar Mohd Zulkifli, Kumpulan Teater Rimba ARTISUKMA.

Anugerah Seni UKM dilangsungkan dalam suasana gilang gemilang ini antaranya bertujuan memberi dorongan dan galakkan agar warga kampus akan bergiat lebih aktif dalam program kesenian di dalam dan luar kampus. Selain itu untuk mengenang dan menghargai usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program kesenian dalam dan luar kampus.Sila lihat senarai penuh Anugerah Seni UKM 2008<Sila klik>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan