24 Januari 2009

Konsert Dikir Barat UKM 2009



Foto oleh: Raai

Konsert Dikir Barat UKM 2009 telah digamatkan dengan Pendikir-pendikir Jemputan Khas dari Kelantan iaitu Jen Endoro, Azmi Intan Berlian, Meli Mahligai, Ismail Baju Jarang dan Shabini. Konsert Dikir Barat berlangsung dengan meriahnya di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) malam ini.

Konsert tahun ini dengan tema "Merakyatkan Seni Budaya Bangsa telah menghimpunkan Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA dan Kumpulan Dikir Barat Jemputan dari Universiti Teknologi Mara (Kumpulan Perindu). Disamping itu Konsert Dikir Barat UKM 2009 telah mempersembahkan Muzik Kertuk dan Rebana Ubi.

Antara objektif konsert ini ialah untuk menonjolkan serta memartabatkan kesenian tradisional bangsa melayu, mengetengahkan unsur kreativiti dalam seni Dikir Barat melalui lirik, irama, bahasa serta pakaian.

Selain dari itu ialah memberi pendedahan kepada mahasiswa serta warga kampus tentang keunikan kesenian tradisional Pantai Timur khususnya Dikir barat dan melahirkan mahasiswa yang memahami dan menghargai tingginya nilai kebudayaan melayu serta merakyatkan Seni Budaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan