Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin (dua dari kanan) sedang melihat seorang doktor PPUKM membuat pemeriksaan tekanan darah ke atas isteri beliau Puan Sri Hajjah Noraini bt Abd. Rahman. Turut kelihatan ialah Dekan Fakulti Perubatan UKM yang juga Pengarah PPUKM Prof. Dato' Dr. Lokman bin Saim.
Foto oleh: Raai Osman
Lihat: Album lengkap
Muar 8 Feb 2009
Masih banyak ruang yang boleh ditingkat dan memberikan keuntungan kepada masyarakat khasnya kepada masyarakat di Kundang Ulu. Demikian ditegaskan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin ketika berucap melancarkan Program Jalinan Erat UKM-Masyarakat Kundang Ulu.
Kata beliau lagi, tenaga sukarela dari UKM boleh digunakan bagi memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan kepada penduduk luar bandar. Dengan cara begini maka ia boleh meningkatkan keputusan peperiksan pelajar sekolah ketahap yang lebih tinggi.
Kundang Ulu yang terletak 40 kilometer dari Bandar Muar merupakan Kampung Angkat UKM selepas berlaku banjir besar hujung tahun 2006 dan awal 2007. UKM menerusi Briged Bencananya merupakan kumpulan awal institut pengajian tinggi turun ke Johor bagi membantu penduduk Johor dalam berbagai bentuk seperti membersih rumah, kaunseling dan khidmat kesihatan percuma kepada Johor seperti di Kota Tinggi, Pagoh dan Tangkak.
Peringkat awal hanya 120 orang pelajar yang terlibat. Kemudian telah disusuli dengan 8 misi bantuan yang telah melibatkan kira-kira 1800 mahasiswa dan kakitangan. Operasi di Pagoh berakhir pada 21 Januari 2007.
Naib Canselor UKM, YBhg.Prof. Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dalam ucapannya berkata peluang yang diberikan kepada mahasiswa UKM untuk berbakti kepada penduduk Kundang Ulu merupakan satu pelajaran yang bererti kepada mereka. Ini satu pelajaran yang mereka tidak dapat rasa di kampus.
Program Jalinan Erat UKM-Masyarakat Kundang Ulu diadakan selama dua hari bermula pada 7 hingga 8 Februari dalam usaha UKM mengeratkan lagi hubungan UKM dengan masyarakat di Kundang Ulu.
Sepanjang dua hari Program Jalinan Erat UKM-Masyarakat Kundang Ulu yang telah diadakan di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Ledang, Johor Darul Takzim ini berbagai program telah diambil manfaat oleh penduduk terutamanya para pelajar dan belia.
Antara program yang telah diadakan ialah pemeran oleh fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, pameran penyelidikan, penerangan cara kemasukkan untuk belajar di UKM dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pusat Perubatan UKM (PPUKM) dan program keluarga angkat.
Lihat artikel yang berkaitan: Sila klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan