sedang menyampaikan buku Rawatan Lupus Eritenatosus
Bagai Menjinak Serigala kepada Prof. Ir. Dr. Hassan bin Basri,
Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa).
Turut kelihatan Dekan Fakulti Perubatan merangkap Pengarah PPUKM,
Profesor Dato' Dr Lokman Saim
Profesor Datin Dr Norella Kong Chiew-Tong
sedang menunjukkan buku Basic Nephrology
Foto oleh: Raai Osman
Sistemik Lupus Eritematosus (SLE atau LUPUS) merupakan suatu penyakit autoimun kronik yang sering ditemui di Malaysia, dalam anggaran 11,000 pesakit SLE terutamanya dalam kalangan wanita berusia 15-45 tahun tanpa mengira kaum. Gejala-gejala rumit SLE dicetuskan oleh pengaktifan sistem pertahanan diri sendiri yang merembeskan pelbagai autoantibodi kepada kulit, sendi, membran serosa dan kerap kali diikuti dengan buah pinggang, otak dan sistem pendarahan. LUPUS berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'serigala' kerana jika tidak diubati, pesakit kelihatan seperti diserang oleh serigala.
Demikian petikan abstrak dari buku Syarahan Perdana bertajuk Rawatan Lupus Eritenatosus Bagai Menjinak Serigala oleh Profesor Datin Dr Norella Kong Chiew-Tong. Siri Syarahan Perdana siri ke-111 ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar UKM, Pusat Perubatan UKM hari ini.
Buku syarahan perdana ini boleh diperolehi di kedai buku Pusat Penerbitan UKM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan