Tulisan dan Foto oleh: RaaiLihat Album penuh
Fakulti Sains dan Teknologi (FST) menjadi penyumbang utama bagi mencapai KPI yang ditetapkan bagi penilaian seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri, universiti penyelidikan, SETRA dan sebagainya. Demikian kata Naib Canselor UKM, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika berucap melancarkan sambutan 10 tahun Fakulti Sains dan Teknologi di Dewan Anwar Mahmud pagi ini.
"Namun dengan tercapainya umur 10 tahun ini marilah kita merenung kembali samada kita berpuashati dengan pencapaian yang diperolehi dan dampaknya kepada masyarakat dan negara". ujar Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah.
Sambung beliau lagi, "Kita perlu terus bergerak dengan cepat, perjelaskan matlamatnya dan rancang dengan penuh teliti strateginya dan tindakan serta sumber manusia, prasarana dan sistem penyampaian yang berkesan".
Naib Canselor juga mencabar agar warga FST bukan sahaja memantap dan mensohorkan lagi penyelidikan dalam bidang-bidang yang ada kekuatannya di fakulti tetapi mengguna idea pusat-pusat kecemerlangan yang ada untuk merekabentuk kurikulum yang inovatif dan berpendekatan integrated serta problem based.
Sambutan 10 tahun ini diadakan bagi merayakan ulangtahun kelahiran FST setelah penstrukturan semula empat fakulti menjadi satu pada tahun 1999.
Untuk rekod FST merupakan fakulti yang asalnya dari Fakulti Sains diawal penubuhan UKM pada tahun 1970. Kemudian Fakulti Sains berpecah menjadi beberapa fakulti baru. FST muncul menjadi satu fakulti yang terbesar di UKM.
Berbagai acara telah dirancang sepanjang tahun 2009 bagi memenuhi program sambutan 10 tahun FST.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan